Kelas E-Marketplace Shopee bersama LKPIM WP Putrajaya

21 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

20 Ogos 2024, Selasa – NADI Presint 18 telah mengadakan program Kelas E-Marketplace Shopee bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia LKPIM WP Putrajaya. Program ini diadakan selama dua jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan dihadiri oleh 4 orang peserta.

Sesi kelas E-Marketplace Shopee disampaikan oleh Pengurus, Puan Haryati di bantu oleh penolong pengurus NADI Presint 18. Antara pengisian kelas adalah langkah membuka kedai shopee, tips & tricks, kelebihan dan kekurangan menjadi penjual Shopee, dan Shopee Affiliate. Seterusnya adalah aktiviti pendaftaran peserta untuk menyertai program Shopee Affiliate. Tugasan secara individu juga telah diberikan kepada peserta yang berjaya mendaftar sebagai shopee affiliate untuk membuat satu perkongsian link produk Shopee Affiliate di platform media sosial dan Whats App. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama petugas NADI dan peserta dari LKPIM WP Putrajaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas